Ahad, 10 April 2011

PENTINGNYA BREASTFEEDING DURING 1 HOUR LEPAS MELAHIRKAN

Most of mom selalu complaint diorang xde susu lepas besalin. its true? No. Susu akan terhasil sejurus selepas talipusat dipotong dmana pada waktu itu kadar hormon prolaktin sgt tinggi untuk menghasilkan susu. thats why Breastfeeding Friendly Hospital Initiative (BFHI) sekarang, bile bby lepas je dipotong tali pusat, terus ja bg pd ibu tu untuk menyusukan seawal yg mungkin, kerana kadar kolostrum amat tinggi.  Namun ada juga ibu yg mengadu penat selepas melahirkan. itu biasa ya wahai insan bergelar ibu. Akan tetapi, berikanlah sedikit anak anda cecair emas yg amat berharga itu. Bukan banyak pun, sekadar sesudu shj. Lagipun perut baby bukan besar sangat pun.

Kenapa ibu2 selalu ckp susu xde?
Sedangkan susu itu ade. memang susu tidak akan keluar sebanyak secawan. kerana untuk pengetahuan ibu2 semua, saiz perut bayi pada hari pertama kelahiran himgga hari ketiga adalah sebesar GULI sahaja. jadi adakah wajar kita mengisi perutnya sebanyak 1 atau 2oz? Sudah tentu tidak bukan. Jadi, percayalah, susu anda ada, cuma ia belum semeriah mana, kerana produksi susu ibu selari dengan tumbesaran dan keperluan anak. Dan yang paling penting ibu2 kene tau cara latching (lekapan) yang betul untuk mengelakkan puting luka, dan anak mendapat susu seoptimum yang mungkin. Kerana jika cara lekapan salah, ibu akan sakit, dan anak pula akan meragam kerana tidak puas menyusu, maka keluarla statement ibu bahawa anak tidak puas menyusu.

Saya amatlah mengharapkan agar bakal ibu dan ibu2 semua mempelajari, mencari ilmu yang lebih mendalam mengenai Breastfeeding ini, kerana ia adalah fitrah semulajadi manusia, memandangkan sekarang ini banyak makanan2 klon yg kononnya khasiatnya sama seperti susu ibu. Owhhh Tidakkk sama sekali.

salam sentuhan kasih ibu, jika ada apa2 persoalan dan perkongsian, silalah sudi2kan bertanya. saya tidak lokek untuk berkongsi

PROMO SUDAH TUTUP

FOR YOUR INFO...

Promosi sudah tutup dah sudah dimuktamadkan. but i will try to masukkan produk2 lain yg boleh dibuat promosi. Lately sy amat tidak larat coz sedang menghitung hari menanti kelahiran anak kedua, dan mungkin blog ini agak slow diupdate(mcm la slalu update). dan mybe insyaallah during confinement period sy bole update hari2 sebab mau amik maternity leave 3month dan manfaatkan untuk breastfeeding my baby, collect the EBM stock. no matter berapa byk yg sy dpt, janji ia cukup untuk anak. Insyaallah